Kesan Kesan Penyalahgunaan Dadah



Kesan-Kesan Penyalahgunaan Dadah

TERHADAP INDIVIDU
·        Tidak dapat tidur lena;  
·        Panik;
·        Kehilangan rakan;
·        Menjadi semakin agresif dan ganas;
·        Semakin kurus, lemah tenaga, dan kelihatan berada dalam khayalan;
·        Tidak dapat membuat keputusan dengan tepat

TERHADAP KELUARGA
·        Manjatuhkan maruah dan imej keluarga;
·        Mebebankan anggota keluarga;
·        Rumah tangga menjadi porak-peranda;
·        Menghancurkan harapan ibu bapa;
·        Perceraian dan perpisahan antara keluarga

TERHADAP MASYARAKAT
·        Perselisihan faham antara kaum;
·        Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat;
·        Masyarakat akan rasa tidak selamat;
·        Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah.


Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan beberapa kesan kepada penagih. Semasa mengambil dadah, penagih dadah akan mengalami kesan euforia serta mengalami halusinasi (rasa khayal), dari segi fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel darah putih dan paras gula dalam darah,kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Selain itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan mengalami kerosakkan. Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi lebih pendek dan perlahan. Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar metabolisme. Disamping itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih dadah turut akan mengalami penurunan secara mendadak.
Penagihan dadah akan membawa kepada penagih kepada risiko dijangkiti HIV/AIDS, hepatitis dan sawan. Hal ini demikian kerana, mereka menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain. Bagi ibu yang mengandung akan membawa risiko seperti keguguran, kandungan yang tidak stabil, cacat atau mati. 

  Selain itu, penagih dadah kebayakkan dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak siuman), kerosakan otak dan ketidakstabilan emosi. Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong untuk melakukan  perkara di luar jangkaan seperti merompak,meragut, merogol, dan membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya masalah sosial. Keadaan ini menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak berani untuk melabur di negara kita.

Popular posts from this blog

Cara mengatasi penyalahgunaan dadah

Jenis jenis Dadah